Promo TV Kempen Cuti-Cuti Malaysia tersebut adalah salah satu daripada inisiatif Tourism Malaysia sejajar dengan seruan Yang Berhormat Dato’ Sri Nancy dalam menyemarakkan pelancongan domestik. 5 video promosi yang telah dihasilkan mengetengahkan beberapa tema dan produk pelancongan, termasuklah Pulau dan Pantai, Aktiviti Menyelam dan Dasar Laut, Alam Semulajadi dan Pengembaraan, dan Makanan. Kesemuanya akan disiarkan di RTM menerusi TV1, TV2 dan TV OKEY. Selaras dengan pelancaran Promo TV Kempen Cuti-Cuti Malaysia, para pemenang bagi Pertandingan Video Muzik Cuti-Cuti at Home anjuran Tourism Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan juga telah diumumkan.